Syaikh Abdul Hamid Kudus
Syeikh Abdul Hamid Kudus mendapat pendidikan asas pertama sekali dari lingkungan keluarganya yang ramai menjadi ulama. Sejak kecil menghafaz al-Quran dan terlatih dengan banyak matan pelbagai bidang ilmu. Matan-matan yang dihafalnya sejak kecil ialah Matn al-Ajrumiyah, Matn al-Alfiyah, Matn ar-Rahbiyah, semuanya dalam bidang ilmu nahu. Matn as-Sanusiyah tentang ilmu akidah. Matn as-Sullam dan Matn az-Zubad, kedua-duanya meliputi akidah, fikah dan tasawuf. Para ulama besar yang terkenal dan menjadi guru beliau ialah Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Sayid “Utsman Syatha dan saudaranya Sayid Abu Bakri Syatha. Dalam bidang khusus mengenai ushul fiqh, hadis, tafsir dan tasawuf Syeikh Abdul Hamid Kudus memperdalamkannya kepada Sayid Husein al-Habsyi. Syeikh Abdul Hamid Kudus pula adalah orang kepercayaan Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, mufti Makkah, dalam bidang keilmuan setelah Syeikh Ahmad al-Fathani. Hubungan antara Syeikh Abdul Hamid Kudus dengan Syeikh Ahmad al-Fathani sangat rapat. Syeikh Abdul Hamid Kudus selain dilantik sebagai salah seorang pentashih kitab beliau seringkali diutus oleh Syeikh Ahmad al-Fathani ke Mesir dalam urusan cetak mencetak kitab, terutama hubungan dengan Syeikh Mushthafa al-Halaby, pemilik syarikat cetak kitab yang terbesar di Mesir pada zaman itu.
Daripada ulama-ulama tersebut, Syeikh Abdul Hamid Kudus memperoleh ijazah khusus dan umum, dan mereka pula memberikan keizinan kepada beliau mengajar di Masjidil Haram dan di rumahnya. Manakala Syeikh Ahmad al-Fathani merintis jalan mulai belajar di Masjid Jamik Al-Azhar (tahun 1290 H/1872 M) Syeikh Abdul Hamid Kudus mengikuti langkah Rais thala’ah (Ketua tela’ah atau tutor)nya itu belajar di tempat yang sama (1300 H/1882 M). Syeikh Abdul Hamid Kudus merupakan generasi kedua mahasiswa dunia Melayu yang belajar di al-Azhar sesudah Syeikh Ahmad al-Fathani, sejak itu beliau sentiasa pulang pergi antara Mekah dan Mesir dalam urusan tertentu yang ada kaitannya dengan kerja-kerja Syeikh Ahmad al-Fathani. Sebenarnya Syeikh Abdul Hamid Kudus telah mengarang pelbagai judul dalam banyak disiplin ilmu, semuanya dalam bahasa Arab. Walau bagaimana pun pada judul artikel ini saya sebut bahawa beliau adalah “pakar ilmu arudh dan qawafi”. Kedua-duanya termasuk dalam bidang ilmu kesusasteraan Arab. Dengan ilmu ini dapat diketahui bagaimana timbangan-timbangan syair dan nazam dalam bahasa Arab. Setakat ini informasi yang ada hanya dua orang ulama yang berasal dari dunia Melayu yang menulis dalam kedua-dua ilmu tersebut. Seorang lagi ialah Syeikh Ahmad al-Fathani `Rais Thala’ah’ bagi Syeikh Abdul Hamid Kudus.
Antara karangan Syeikh Abdul Hamid Kudus adalah sebagai berikut:
“Irsyadul Muhtadi ila Syarh Kifayatil Mubtadi”, diselesaikan sesudah Zuhur, hari Khamis, 3 Muharam 1306 H. Kandungannya membicarakan akidah dan ia merupakan syarah daripada karya ayahnya, Syeikh Muhammad Ali Kudus. Dicetak oleh Mathba’ah al-Maimuniyah, Mesir, Ramadan 1309 H. Di bahagian tepinya dicetak matan karya ayahnya, Syeikh Muhammad Ali Kudus tersebut. Ditashih oleh Muhammad az-Zahari al-Ghamrawi.
“Al-Anwarus Saniyah `alad Duraril Bahiyah”, diselesaikan pertengahan Rabiulakhir 1311 H. Kandungannya membicarakan akidah, fikah dan tasawuf. Merupakan syarah daripada karya gurunya Sayid Abi Bakar Syatha. Cetakan pertama, Mathba’ah al-Miriyah al-Kainah Mekah, 1313 H.
“Fat-hul Jalilil Kafi bi Mutammimati Matnil Kafi fi `Ilmayil `Arudh wal Qawafi”, diselesaikan pada hari Isnin, 19 Rabiulawal 1313 H. Kandungannya membicarakan ilmu arudh dan qawafi atau kesusasteraan Arab. Dicetak oleh Mathba’ah al-Husainiyah al-Mashriyah, milik Muhammad Abdul Lathif Khathib, 1325 H. Kata pujian oleh Sayid Ahmad Bik al-Huseini, Muhammad Musa al-Bujiraimi as-Syafi’ie di al-Azhar, Muhammad al-Halaby as-Syafi’ie di al-Azhar dan Ahmad ad-Dalbasyani al-Hanafi di al-Azhar. Ditashih oleh Muhammad az-Zahari al-Ghamrawi.
“Al-Futuhatul Qudsiyah fi Syarhit Tawassulatis Sammaniyah”, diselesaikan pada Zuhur, akhir Muharam 1322 H. Kandungan pada muqaddimahnya pengarang menyebut bahawa beliau adalah penganut Mazhab Syafie dalam fikah, Mazhab Abu Hasan al-Asy’ari dalam akidah, dan penganut Thariqat Khalwatiyah. Sebab-sebab beliau menulis kitab ini adalah atas permintaan Qadhi Muslimin Negeri Surakarta ibu kota Jawa, beliau ialah Al-’Allamah al-Hamam asy Syeikh Raden Tabshirul Anam, supaya menulis syarah matan Al-Qashidatur Rajziyah yang bernama Jaliyatul Kurbi wa Manilatu `Arabi. Pada awal perbicaraan pengarang menyebut tentang sanad-sanad thariqat, di antaranya beliau juga mempunyai hubungan dengan Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman al-Falimbani. Dicetak oleh Mathba’ah al-Hamidiyah al-Mashriyah, 1323 H. Taqriz dinyatakan ramai ulama tetapi yang dapat disebut pada akhir karangan hanya dua orang ulama saja ialah Syeikh Jami’ Al-Azhar, bernama Syeikh Abdur Rahman asy-Syarbaini asy-Syafi’ie dan Syeikh Muhammad Thumum al-Maliki Al-Azhari.
“Lathaiful Isyarat ila Syarhi Tashilit Thuruqat li Nazhamil Waraqat fil Ushulil Fiqhiyah”, diselesaikan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal 1326 H. Kandungannya membicarakan ilmu ushul fiqh. Terdapat berbagai-bagai edisi cetakan, di antaranya Mathba’ah Dar at-Thiba’ah al-Mashriyah, 54-60 Baserah Street Singapura (tanpa tahun).
“Kanzun Najahi was Surur fil Ad’iyatil lati ila Tasyarruhis Shudur”, diselesaikan pada hari Jumaat, bulan Safar 1328 H. Kandungannya membicarakan berbagai-bagai amalan wirid, doa, zikir dan lain-lain. Cetakan pertama oleh Mathba’ah At-Taraqqil Majidiyah al-’Utsmaniyah, Mekah, 1330 H. Kata pujian oleh Syeikh Muhammad Sa’id bin Muhammad Ba Bashail, Mekah, Sayid Husein bin Muhammad bin Husein al-Habsyi, Sayid Umar bin Muhammad Syatha, Sayid Muhammad ibnu Sayid Muhammad ibnu al-Faqih Sayid Idris al-Qadiri al-Maghribi al-Hasani, Syeikh Muhammad bin Syamsuddin, Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani, dan Syeikh Umar Hamdan.
“Risalah fi al-Basmalah min Nahiyah al-Balaghah”.
“Manzhumah fi al-Adab wa al-Akhlaq li al-Islamiyah”.
“Thali’us Sa’di ar-Rafi’ fi Syarh Ilm al-Badi’”.
“Fiqh Rubu’ `Ibadat”.
“Nubzah fi at-Tashawwuf”.
“Ad-Durrah ats-Tsaminah fi al-Mawadhi’ allati tusannu fiha ash-Shalah `ala Shahib as-Sakinah.”
“Tasythir al-Mudharriyah fi ash-Shalah `ala Khairil Bariyah”.
“Majmu’ Bulugh al-Maram fi Maulid an-Nabiyi Shallalahu `alaihi wa Sallam”
“Raja’ Nail al-As’ad wa al-Qabul fi Madah Saiyidatina az-Zahra’ al-Batul”.
“Bulughus Sa’di wa al-Amniyah fi Madah Umm al-Mu’minin al-Mabra-ah ash-Shiddiqiyah”.
“al-Jawahir al-Wadhiyah fi al-Adab wa al-Akhlaq al-Mardhiyah”.
“az-Zakhair al-Qudsiyah fi Ziyarah Khairil Bariyah”.
“At-Tuhfah al-Mardhiyah fi Tafsir al-Quran al-’Azhim bi al-’Ajamiyah”
“Dhiyausy Syamsi ah-Dhahiyah”.
“Maulidun Nabiyi Shallalahu `alaihi wa Sallam”.
“Kanzul `Atha fi Tarjamah al-’Allamah as-Saiyid Bakri Syatha”.
Jangan mudah memandang ulama dahulu sebelah mata. Niat mereka ikhlas, biar tak dikenal di dunia, taqwa kepada Allah yang diutamakan. Mudah-mudahan patah tumbuh hilang berganti. Al-Fatihah.
KH. M. Arwani Amin Kudus
ImageYanbu’ul
Qur’an Adalah pondok huffadz terbesar yang ada di Kudus. Santrinya tak
hanya dari kota Kudus. Tetapi dari berbagai kota di Nusantara. Bahkan,
pernah ada beberapa santri yang datang dari luar negeri seperti
Malaysia dan Brunei Darussalam.
Pondok tersebut adalah pondok
peninggalan KH. M. Arwani Amin. Salah satu Kyai Kudus yang sangat
dihormati karena kealimannya, sifatnya yang santun dan lemah lembut.
KH.
M. Arwani Amin dilahirkan dari pasangan H. Amin Sa’id dan Hj. Wanifah
pada Selasa Kliwon, 5 Rajab 1323 H., bertepatan dengan 5 September 1905
M di Desa Madureksan Kerjasan, sebelah selatan masjid Menara Kudus.
Nama asli beliau sebenarnya
Arwan. Tambahan “I” di belakang namanya menjadi “Arwani” itu baru
dipergunakan sejak kepulangannya dari Haji yang pertama pada 1927.
Sementara Amin bukanlah nama gelar yang berarti “orang yang bisa
dipercaya”. Tetapi nama depan Ayahnya; Amin Sa’id.
KH.
Arwani Amin adalah putera kedua dari 12 bersaudara. Saudara-saudara
beliau secara berurutan adalah Muzainah, Arwani Amin, Farkhan,
Sholikhah, H. Abdul Muqsith, Khafidz, Ahmad Da’in, Ahmad Malikh, I’anah,
Ni’mah, Muflikhah dan Ulya.
Dari sekian saudara Mbah Arwani
(demikian panggilan akrab KH. M. Arwani Amin), yang dikenal sama-sama
menekuni al-Qur’an adalah Farkhan dan Ahmad Da’in.
Ahmad Da’in, adiknya Mbah Arwani
ini bahkan terkenal jenius. Karena beliau sudah hafal al-Qur’an
terlebih dahulu daripada Mbah Arwani. Yakni pada umur 9 tahun. Ia bahkan
hafal Hadits Bukhori Muslim dan menguasai Bahasa Arab dan Inggris.
Kecerdasan dan kejeniusan Da’in inilah yang menggugah Mbah Arwani dan adiknya Farkhan, terpacu lebih tekun belajar.
Konon, menurut KH. Sya’roni
Ahmadi, kelebihan Mbah Arwani dan saudara-saudaranya adalah berkat
orangtuanya yang senang membaca al-Qur’an. Di mana orangtuanya selalu
menghatamkan membaca al-Qur’an meski tidak hafal.
Selain
barokah orantuanya yang cinta kepada al-Qur’an, KH. Arwani Amin
sendiri adalah sosok yang sangat haus akan ilmu. Ini dibuktikan dengan
perjalanan panjang beliau berkelana ke berbagai daerah untuk mondok,
berguru pada ulama-ulama.
Tak
kurang, 39 tahun beliau habiskan untuk berkelana mencari ilmu. Diantara
pondok pesantren yang pernah disinggahinya menuntut ilmu adalaj pondok
Jamsaren (Solo) yang diasuh oleh Kyai Idris, Pondok Tebu Ireng yang
diasuh oleh KH. Hasyim Asy’ari dan Pondok Munawir (Krapak) yang diasuh
oleh Kyai Munawir.
Selama menjadi santri, Mbah
Arwani selalu disenangi para Kyai dan teman-temannya karena kecerdasan
dan kesopanannya. Bahkan, karena kesopanan dan kecerdasannya itu, KH.
Hasyim Asy’ari sempat menawarinya akan dijadikan menantu.
Namun,
Mbah Arwani memohon izin kepada KH. Hasyim Asy’ari bermusyawarah
dengan orang tuanya. Dan dengan sangat menyesal, orang tuanya tidak
bisa menerima tawaran KH. Hasyim Asy’ari, karena kakek Mbah Arwani (KH.
Haramain) pernah berpesan agar ayahnya berbesanan dengan orang di
sekitar Kudus saja.
Akhirnya, Mbah
Arwani menikah dengan Ibu Nyai Naqiyul Khud pada 1935. Bu Naqi adalah
puteri dari KH. Abdullah Sajad, yang sebenarnya masih ada hubungan
keluarga dengan Mbah Arwani sendiri.Dari pernikahannya dengan Bu Naqi ini, Mbah Arwani diberi empat keturunan. Namun yang masih sampai sekarang tinggal dua, yaitu KH. M. Ulinnuha dan KH. M. Ulil Albab, yang meneruskan perjuangan Mbah Arwani mengasuh pondok Yanbu’ sampai sekarang.
Yah, demikian besar jasa Mbah Arwani terhadap Ummat Islam di Indonesia terutama masyarakat Kudus, dengan kiprahnya mendirikan pondok yang namanya dikenal luas hingga sekarang.
Banyak Kyai telah lahir dari pondok yang dirintisnya tersebut. KH. Sya’roni Ahmadi, KH. Hisyam, KH. Abdullah Salam (Kajen), KH. Muhammad Manshur, KH. Muharror Ali (Blora), KH. Najib Abdul Qodir (Jogja), KH. Nawawi (Bantul), KH. Marwan (Mranggen), KH. Ah. Hafidz (Mojokerto), KH. Abdullah Umar (Semarang), KH. Hasan Mangli (Magelang), adalah sedikit nama dari ribuan Kyai yang pernah belajar di pondok beliau.
Kini, Mbah Arwani Amin telah tiada. Beliau meninggal dunia pada 1 Oktober 1994 M. bertepatan dengan 25 Rabi’ul Akhir 1415 H. Beliau meninggal dalam usia 92 tahun.
Namun, meski beliau telah meninggal dunia, namanya tetap harum di hati sanubari masyarakat. Pondok Yanbu’ul Qur’an, Madrasah TBS, Kitab Faidlul Barakat dan berbagai kitab lain yang sempat ditashihnya, menjadi saksi perjuangan beliau dalam mengabdikan dirinya terhadap masyarakat, ilmu dan Islam.***
[Rosidi/Arwaniyyah]
Sumber : http://www.arwaniyyah.com




Tidak ada komentar:
Posting Komentar